Sayyid Ja'far bin Sayyid Hasan
bin Sayyid 'Abdul Karim bin
Sayyid Muhammad bin Sayyid
Rasul al-Barzanji adalah
seorang ulama besar
keturunan Junjungan Nabi
s.a.w. dari keluarga Saadah al-
Barzanji yang masyhur berasal
dari Barzanj di Iraq. Beliau
dilahirkan di Kota Madinah al-
Munawwarah pada tahun
1126H. Segala usul Sayyid Ja'far
semuanya merupakan ulama
terkemuka yang terkenal
dengan ilmu dan amal,
keutamaan dan kesholehan.
Habib Prof. Dr. Muhammad bin
'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika
ada orang berbangga-bangga
dengan gelar Dr.nya dalam
bidang hadits, maka aku
nyatakan bahawa al-Habib
Muhammad al-Maliki ini juga
telah meraih gelar Dukturahnya
dalam bidang hadits pada
usianya 25 tahun dari Harvard
dan Oxfordnya dunia Islam
iaitu Universiti al-Azhar asy-
Syarif, oleh itu jika kamu
berbangga-bangga dengan
kesarjanaan versi dukturah ini,
maka simpanlah dulu Dr. kamu
tu dalam poket) dalam "Haul
Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-
Nabawi asy-Syarif" menulis
pada halaman 99 :-
Al-'Allaamah al-Muhaddits al-
Musnid as-Sayyid Ja'far bin
Hasan bin 'Abdul Karim al-
Barzanji adalah MUFTI ASY-
SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-
Munawwarah. Telah berlaku
perselisihan tentang tarikh
kewafatannya, di mana
sebahagiannya menyebut yang
beliau meninggal pada tahun
1177H. Imam az-Zubaidi dalam
"al-Mu'jam al-Mukhtash"
menulis bahawa beliau wafat
tahun1184H, di mana Imam az-
Zubaidi pernah berjumpa
dengan beliau dan menghadiri
majlis pengajiannya di Masjid
Nabawi yang mulia. Beliau
adalah pengarang kitab
mawlid yang masyhur dan
terkenal dengan nama "Mawlid
al-Barzanji". Sebahagian ulama
menyatakan bahawa nama
karangannya tersebut sebagai
"I'qdul Jawhar fi mawlid an-
Nabiyyil Azhar". Mawlid
karangan beliau ini adalah di
antara kitab mawlid yang
paling tersohor dan paling luas
tersebar ke pelosok negeri
'Arab dan Islam, baik di Timur
maupun di Barat. Bahkan
ramai kalangan 'Arab dan
'Ajam yang menghafalnya dan
mereka membacanya dalam
perhimpunan-perhimpunan
agama yang munasabah.
Kandungannya merupakan
khulaashah (ringkasan) sirah
nabawiyyah yang meliputi
kisah lahir baginda, perutusan
baginda sebagai rasul, hijrah,
akhlak, peperangan sehingga
kewafatan baginda................
Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini
telah disyarahkan oleh
al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh
Abu 'Abdullah Muhammad bin
Ahmad yang terkenal dengan
panggilan Ba`ilisy yang wafat
tahun 1299H dengan satu
syarah yang memadai, cukup
elok dan bermanfaat yang
dinamakan "al-Qawl al-Munji
'ala Mawlid al-Barzanji" yang
telah banyak kali diulang
cetaknya di Mesir.
Ikhwah lihat, bagaimana Habib
Muhammad menyatakan
bahawa Sayyid Ja'far adalah
seorang 'allaamah, seorang
muhaddits lagi musnid yang
menjadi sanad dan sandaran
umat. Jadi bagaimana kita
tergamak membuka mulut kita
dan menggerakkan lidah kita
yang tidak bertulang untuk
mencemoh dan merendah-
rendahkan pribadi seperti
Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah
di Kota Madinah. Allahu ... Allah.
Sebagaimana dinyatakan oleh
Buya al-Maliki di atas, mawlid
Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah
disyarahkan pula oleh para
ulama kenamaan umat ini.
Antara yang masyhur
mensyarahkannya ialah Syaikh
Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy
al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili
al-Azhari yang mengarang
kitab "al-Qawl al-Munji 'ala
Mawlid al-Barzanji". Beliau ini
adalah seorang ulama besar
keluaran al-Azhar asy-Syarif,
bermazhab Maliki lagi Asy`ari
dan menjalankan Thoriqah asy-
Syadziliyyah. Beliau lahir pada
tahun 1217H (1802M) dan
wafat pada tahun 1299H
(1882M). Beliau bukanlah
calang-calang ulama pula,
ketinggian ilmunya dapat
dilihat dalam kitab-kitab
karangannya yang bernilai
tinggi, antaranya : "Hidaayatul
Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid",
"Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis
Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish
Shoghir lid-Dardiir", "Minhul
Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil"
dan "Hidaayatus Saalik ila
Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil
Maaliki".
Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita
kelahiran Banten, Pulau Jawa,
yang terkenal sebagai ulama
dan penulis yang produktif
dengan banyak karangannya.
Sayyidul 'Ulama-il Hijaz, an-
Nawawi ats-Tsani, Syaikh
Muhammad Nawawi al-Bantani
al-Jawi turut menulis syarah
yang lathifah bagi "Mawlid al-
Barzanji" dan karangannya itu
dinamakannya "Madaarijush
Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".
Manakala, seorang keturunan
Sayyid Ja'far al-Barzanji yang
mempunyai nama yang sama
dengan beliau, iaitu Sayyid
Ja'far bin Sayyid Isma`il bin
Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid
Muhammad al-Hadi bin Sayyid
Zain yang merupakan suami
kepada satu-satunya anak
Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah
juga menulis syarah bagi
"Mawlid al-Barzanji" tersebut
yang dinamakannya "al-
Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil
Jawhar fi Mawlidin Nabiyil
Azhar". Sayyid Ja'far ini juga
adalah seorang ulama besar
keluaran al-Azhar asy-Syarif.
Beliau juga merupakan
seorang Mufti Syafi`iyyah.
Karangan-karangan beliau
banyak, antaranya:
"Syawaahidul Ghufraan 'ala
Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il
Ramadhan", "Mashaabiihul
Ghurar 'ala Jaliyal Kadar" dan
"Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il
Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".
Beliau juga telah menulis
sebuah manaqib yang
menceritakan perjalanan hidup
dan ketinggian nendanya
Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan
jodol "ar-Raudhul A'thar fi
Manaqib as-Sayyid Ja'far".
Allahu ... Allah, dunia Islam kaya
dengan khazanah keilmuan.
Luas melaut ilmu para ulama
kita. Cuma kail kita yang
panjang sejengkal tak mampu
menduga kedalaman lautan
tersebut... Allahu...Allah. Oleh itu,
janganlah jadi seumpama
"katak di bawah tempurung"
atau dalam shighah Mr. Sammy
- "tempurung atas katak",
hanya kenal sorang dua ulama
terus menyerang dan
menghukum orang lain yang
tidak sefaham. Kepada yang
merasakan Mufti Sidi Ja'far al-
Barzanji hanya seorang lelaki
seperti dirinya atau
beranggapan dia mufti, aku
pun mufti, eloklah cari kitab-
kitab tersebut dan kaji pribadi
dan sejarah hidup Sidi Ja'far al-
Barzanji yang mawlid
karangannya telah lumrah jadi
bahan bacaan dan amalan
umat ini. Lepas tu cari cermin
tengok muka sendiri dan buat
perbandingan.
Berbalik kepada Sidi Ja'far al-
Barzanji, selain dipandang
sebagai mufti, beliau juga
menjadi khatib di Masjid
Nabawi dan mengajar di dalam
masjid yang mulia tersebut.
Beliau terkenal bukan sahaja
kerana ilmu, akhlak dan
taqwanya, tapi juga dengan
kekeramatan dan kemakbulan
doanya. Penduduk Madinah
sering meminta beliau berdoa
untuk hujan pada musim-
musim kemarau. Diceritakan
bahawa satu ketika di musim
kemarau, sedang beliau
sedang menyampaikan
khutbah Jumaatnya, seseorang
telah meminta beliau
beristisqa` memohon hujan.
Maka dalam khutbahnya itu
beliau pun berdoa memohon
hujan, dengan serta merta
doanya terkabul dan hujan
terus turun dengan lebatnya
sehingga seminggu, persis
sebagaimana yang pernah
berlaku pada zaman Junjungan
Nabi s.a.w. dahulu.
Menyaksikan peristiwa
tersebut, maka sebahagian
ulama pada zaman itu telah
memuji beliau dengan bait-bait
syair yang berbunyi:-
ﺳﻘﻰ ﺍﻟﻔﺮﻭﻕ ﺑﺎﻟﻌﺒﺎﺱ ﻗﺪﻣﺎ * ﻭ
ﻧﺤﻦ ﺑﺠﻌﻔﺮ ﻏﻴﺜﺎ ﺳﻘﻴﻨﺎ
ﻓﺬﺍﻙ ﻭ ﺳﻴﻠﺔ ﻟﻬﻢ ﻭ ﻫﺬﺍ * ﻭﺳﻴﻠﺘﻨﺎ
ﺇﻣﺎﻡ ﺍﻟﻌﺎﺭﻓﻴﻨﺎ
Dahulu al-Faruuq dengan
al-'Abbas beristisqa` memohon
hujan
Dan kami dengan Ja'far pula
beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu
wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang
Imam yang 'aarifin
Sidi Ja'far al-Barzanji wafat di
Kota Madinah dan dimakamkan
di Jannatul Baqi`, sebelah
bawah maqam nenda-nenda
beliau dari kalangan anak-anak
perempuan Junjungan Nabi
s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah
sungguh Sayyid Ja'far.
Karangannya membawa umat
ingatkan Junjungan Nabi s.a.w.,
membawa umat kasihkan
Junjungan Nabi s.a.w.,
membawa umat rindukan
Junjungan Nabi s.a.w. Setiap
kali karangannya dibaca, pasti
sholawat dan salam
dilantunkan buat Junjungan
Nabi s.a.w. Juga umat tidak
lupa mendoakan Sayyid Ja'far
yang telah berjasa
menyebarkan keharuman
pribadi dan sirah kehidupan
makhluk termulia keturunan
Adnan. Allahu ... Allah.
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻨﺎﺳﺞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﺒﺮﻭﺩ
ﺍﻟﻤﺤﺒﺮﺓ ﺍﻟﻤﻮﻟﺪﻳﺔ
ﺳﻴﺪﻧﺎ ﺟﻌﻔﺮ ﻣﻦ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺒﺮﺯﻧﺞ ﻧﺴﺒﺘﻪ ﻭ
ﻣﻨﺘﻤﺎﻩ
ﻭ ﺣﻘﻖ ﻟﻪ ﺍﻟﻔﻮﺯ ﺑﻘﺮﺑﻚ ﻭ ﺍﻟﺮﺟﺎﺀ ﻭ
ﺍﻷﻣﻨﻴﺔ
ﻭ ﺍﺟﻌﻞ ﻣﻊ ﺍﻟﻤﻘﺮﺑﻴﻦ ﻣﻘﻴﻠﻪ ﻭ ﺳﻜﻨﺎﻩ
ﻭ ﺍﺳﺘﺮﻟﻪ ﻋﻴﺒﻪ ﻭ ﻋﺠﺰﻩ ﻭ ﺣﺼﺮﻩ ﻭ
ﻋﻴﻪ
ﻭ ﻛﺎﺗﺒﻬﺎ ﻭ ﻗﺎﺭﺋﻬﺎ ﻭ ﻣﻦ ﺍﺻﺎﺥ ﺇﻟﻴﻪ
ﺳﻤﻌﻪ ﻭ ﺍﺻﻐﺎﻩ
Ya Allah ampunkan pengarang
jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja'far kepada Barzanj
ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping
denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan
cita-cita
Jadikanlah dia bersama
muqarrabin berkediaman
dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan
kelemahannya
Segala kekurangan dan
kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap
dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta
pendengarnya
ﻭ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ
ﺍﻟﻪ ﻭ ﺻﺤﺒﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ
ﻭ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
Sayyid Muhammad bin Sayyid
Rasul al-Barzanji adalah
seorang ulama besar
keturunan Junjungan Nabi
s.a.w. dari keluarga Saadah al-
Barzanji yang masyhur berasal
dari Barzanj di Iraq. Beliau
dilahirkan di Kota Madinah al-
Munawwarah pada tahun
1126H. Segala usul Sayyid Ja'far
semuanya merupakan ulama
terkemuka yang terkenal
dengan ilmu dan amal,
keutamaan dan kesholehan.
Habib Prof. Dr. Muhammad bin
'Alwi bin 'Abbas al-Maliki (jika
ada orang berbangga-bangga
dengan gelar Dr.nya dalam
bidang hadits, maka aku
nyatakan bahawa al-Habib
Muhammad al-Maliki ini juga
telah meraih gelar Dukturahnya
dalam bidang hadits pada
usianya 25 tahun dari Harvard
dan Oxfordnya dunia Islam
iaitu Universiti al-Azhar asy-
Syarif, oleh itu jika kamu
berbangga-bangga dengan
kesarjanaan versi dukturah ini,
maka simpanlah dulu Dr. kamu
tu dalam poket) dalam "Haul
Ihtifaal bi dzikra al-Mawlid an-
Nabawi asy-Syarif" menulis
pada halaman 99 :-
Al-'Allaamah al-Muhaddits al-
Musnid as-Sayyid Ja'far bin
Hasan bin 'Abdul Karim al-
Barzanji adalah MUFTI ASY-
SYAFI`IYYAH di Kota Madinah al-
Munawwarah. Telah berlaku
perselisihan tentang tarikh
kewafatannya, di mana
sebahagiannya menyebut yang
beliau meninggal pada tahun
1177H. Imam az-Zubaidi dalam
"al-Mu'jam al-Mukhtash"
menulis bahawa beliau wafat
tahun1184H, di mana Imam az-
Zubaidi pernah berjumpa
dengan beliau dan menghadiri
majlis pengajiannya di Masjid
Nabawi yang mulia. Beliau
adalah pengarang kitab
mawlid yang masyhur dan
terkenal dengan nama "Mawlid
al-Barzanji". Sebahagian ulama
menyatakan bahawa nama
karangannya tersebut sebagai
"I'qdul Jawhar fi mawlid an-
Nabiyyil Azhar". Mawlid
karangan beliau ini adalah di
antara kitab mawlid yang
paling tersohor dan paling luas
tersebar ke pelosok negeri
'Arab dan Islam, baik di Timur
maupun di Barat. Bahkan
ramai kalangan 'Arab dan
'Ajam yang menghafalnya dan
mereka membacanya dalam
perhimpunan-perhimpunan
agama yang munasabah.
Kandungannya merupakan
khulaashah (ringkasan) sirah
nabawiyyah yang meliputi
kisah lahir baginda, perutusan
baginda sebagai rasul, hijrah,
akhlak, peperangan sehingga
kewafatan baginda................
Kitab "Mawlid al-Barzanji" ini
telah disyarahkan oleh
al-'Allaamah al-Faqih asy-Syaikh
Abu 'Abdullah Muhammad bin
Ahmad yang terkenal dengan
panggilan Ba`ilisy yang wafat
tahun 1299H dengan satu
syarah yang memadai, cukup
elok dan bermanfaat yang
dinamakan "al-Qawl al-Munji
'ala Mawlid al-Barzanji" yang
telah banyak kali diulang
cetaknya di Mesir.
Ikhwah lihat, bagaimana Habib
Muhammad menyatakan
bahawa Sayyid Ja'far adalah
seorang 'allaamah, seorang
muhaddits lagi musnid yang
menjadi sanad dan sandaran
umat. Jadi bagaimana kita
tergamak membuka mulut kita
dan menggerakkan lidah kita
yang tidak bertulang untuk
mencemoh dan merendah-
rendahkan pribadi seperti
Sayyid Ja'far, Mufti Syafi`iyyah
di Kota Madinah. Allahu ... Allah.
Sebagaimana dinyatakan oleh
Buya al-Maliki di atas, mawlid
Sidi Ja'far al-Barzanji ini telah
disyarahkan pula oleh para
ulama kenamaan umat ini.
Antara yang masyhur
mensyarahkannya ialah Syaikh
Muhammad bin Ahmad 'Ilyisy
al-Maaliki al-'Asy'ari asy-Syadzili
al-Azhari yang mengarang
kitab "al-Qawl al-Munji 'ala
Mawlid al-Barzanji". Beliau ini
adalah seorang ulama besar
keluaran al-Azhar asy-Syarif,
bermazhab Maliki lagi Asy`ari
dan menjalankan Thoriqah asy-
Syadziliyyah. Beliau lahir pada
tahun 1217H (1802M) dan
wafat pada tahun 1299H
(1882M). Beliau bukanlah
calang-calang ulama pula,
ketinggian ilmunya dapat
dilihat dalam kitab-kitab
karangannya yang bernilai
tinggi, antaranya : "Hidaayatul
Muriid li 'Aqiidati Ahlit Tauhiid",
"Syarah al-'Aqaa-idul Kubra lis
Sanusi", "Haasyiah 'ala Syarhish
Shoghir lid-Dardiir", "Minhul
Jaliil 'ala Mukhtashar Khaliil"
dan "Hidaayatus Saalik ila
Aqrabil Masaalik fi Furu`il Fiqhil
Maaliki".
Selain Syaikh Ba`ilisy, ulama kita
kelahiran Banten, Pulau Jawa,
yang terkenal sebagai ulama
dan penulis yang produktif
dengan banyak karangannya.
Sayyidul 'Ulama-il Hijaz, an-
Nawawi ats-Tsani, Syaikh
Muhammad Nawawi al-Bantani
al-Jawi turut menulis syarah
yang lathifah bagi "Mawlid al-
Barzanji" dan karangannya itu
dinamakannya "Madaarijush
Shu`uud ila Iktisaa-il Buruud".
Manakala, seorang keturunan
Sayyid Ja'far al-Barzanji yang
mempunyai nama yang sama
dengan beliau, iaitu Sayyid
Ja'far bin Sayyid Isma`il bin
Sayyid Zainal 'Abidin bin Sayyid
Muhammad al-Hadi bin Sayyid
Zain yang merupakan suami
kepada satu-satunya anak
Sayyid Ja'far al-Barzanji, telah
juga menulis syarah bagi
"Mawlid al-Barzanji" tersebut
yang dinamakannya "al-
Kawkabul Anwar 'ala 'Iqdil
Jawhar fi Mawlidin Nabiyil
Azhar". Sayyid Ja'far ini juga
adalah seorang ulama besar
keluaran al-Azhar asy-Syarif.
Beliau juga merupakan
seorang Mufti Syafi`iyyah.
Karangan-karangan beliau
banyak, antaranya:
"Syawaahidul Ghufraan 'ala
Jaliyal Ahzan fi Fadhaa-il
Ramadhan", "Mashaabiihul
Ghurar 'ala Jaliyal Kadar" dan
"Taajul Ibtihaaj 'ala Dhau-il
Wahhaaj fi Israa` wal Mi'raaj".
Beliau juga telah menulis
sebuah manaqib yang
menceritakan perjalanan hidup
dan ketinggian nendanya
Sayyid Ja'far al-Barzanji dengan
jodol "ar-Raudhul A'thar fi
Manaqib as-Sayyid Ja'far".
Allahu ... Allah, dunia Islam kaya
dengan khazanah keilmuan.
Luas melaut ilmu para ulama
kita. Cuma kail kita yang
panjang sejengkal tak mampu
menduga kedalaman lautan
tersebut... Allahu...Allah. Oleh itu,
janganlah jadi seumpama
"katak di bawah tempurung"
atau dalam shighah Mr. Sammy
- "tempurung atas katak",
hanya kenal sorang dua ulama
terus menyerang dan
menghukum orang lain yang
tidak sefaham. Kepada yang
merasakan Mufti Sidi Ja'far al-
Barzanji hanya seorang lelaki
seperti dirinya atau
beranggapan dia mufti, aku
pun mufti, eloklah cari kitab-
kitab tersebut dan kaji pribadi
dan sejarah hidup Sidi Ja'far al-
Barzanji yang mawlid
karangannya telah lumrah jadi
bahan bacaan dan amalan
umat ini. Lepas tu cari cermin
tengok muka sendiri dan buat
perbandingan.
Berbalik kepada Sidi Ja'far al-
Barzanji, selain dipandang
sebagai mufti, beliau juga
menjadi khatib di Masjid
Nabawi dan mengajar di dalam
masjid yang mulia tersebut.
Beliau terkenal bukan sahaja
kerana ilmu, akhlak dan
taqwanya, tapi juga dengan
kekeramatan dan kemakbulan
doanya. Penduduk Madinah
sering meminta beliau berdoa
untuk hujan pada musim-
musim kemarau. Diceritakan
bahawa satu ketika di musim
kemarau, sedang beliau
sedang menyampaikan
khutbah Jumaatnya, seseorang
telah meminta beliau
beristisqa` memohon hujan.
Maka dalam khutbahnya itu
beliau pun berdoa memohon
hujan, dengan serta merta
doanya terkabul dan hujan
terus turun dengan lebatnya
sehingga seminggu, persis
sebagaimana yang pernah
berlaku pada zaman Junjungan
Nabi s.a.w. dahulu.
Menyaksikan peristiwa
tersebut, maka sebahagian
ulama pada zaman itu telah
memuji beliau dengan bait-bait
syair yang berbunyi:-
ﺳﻘﻰ ﺍﻟﻔﺮﻭﻕ ﺑﺎﻟﻌﺒﺎﺱ ﻗﺪﻣﺎ * ﻭ
ﻧﺤﻦ ﺑﺠﻌﻔﺮ ﻏﻴﺜﺎ ﺳﻘﻴﻨﺎ
ﻓﺬﺍﻙ ﻭ ﺳﻴﻠﺔ ﻟﻬﻢ ﻭ ﻫﺬﺍ * ﻭﺳﻴﻠﺘﻨﺎ
ﺇﻣﺎﻡ ﺍﻟﻌﺎﺭﻓﻴﻨﺎ
Dahulu al-Faruuq dengan
al-'Abbas beristisqa` memohon
hujan
Dan kami dengan Ja'far pula
beristisqa` memohon hujan
Maka yang demikian itu
wasilah mereka kepada Tuhan
Dan ini wasilah kami seorang
Imam yang 'aarifin
Sidi Ja'far al-Barzanji wafat di
Kota Madinah dan dimakamkan
di Jannatul Baqi`, sebelah
bawah maqam nenda-nenda
beliau dari kalangan anak-anak
perempuan Junjungan Nabi
s.a.w. Allahu ... Allah. Bertuah
sungguh Sayyid Ja'far.
Karangannya membawa umat
ingatkan Junjungan Nabi s.a.w.,
membawa umat kasihkan
Junjungan Nabi s.a.w.,
membawa umat rindukan
Junjungan Nabi s.a.w. Setiap
kali karangannya dibaca, pasti
sholawat dan salam
dilantunkan buat Junjungan
Nabi s.a.w. Juga umat tidak
lupa mendoakan Sayyid Ja'far
yang telah berjasa
menyebarkan keharuman
pribadi dan sirah kehidupan
makhluk termulia keturunan
Adnan. Allahu ... Allah.
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺍﻏﻔﺮ ﻟﻨﺎﺳﺞ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﺒﺮﻭﺩ
ﺍﻟﻤﺤﺒﺮﺓ ﺍﻟﻤﻮﻟﺪﻳﺔ
ﺳﻴﺪﻧﺎ ﺟﻌﻔﺮ ﻣﻦ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﺒﺮﺯﻧﺞ ﻧﺴﺒﺘﻪ ﻭ
ﻣﻨﺘﻤﺎﻩ
ﻭ ﺣﻘﻖ ﻟﻪ ﺍﻟﻔﻮﺯ ﺑﻘﺮﺑﻚ ﻭ ﺍﻟﺮﺟﺎﺀ ﻭ
ﺍﻷﻣﻨﻴﺔ
ﻭ ﺍﺟﻌﻞ ﻣﻊ ﺍﻟﻤﻘﺮﺑﻴﻦ ﻣﻘﻴﻠﻪ ﻭ ﺳﻜﻨﺎﻩ
ﻭ ﺍﺳﺘﺮﻟﻪ ﻋﻴﺒﻪ ﻭ ﻋﺠﺰﻩ ﻭ ﺣﺼﺮﻩ ﻭ
ﻋﻴﻪ
ﻭ ﻛﺎﺗﺒﻬﺎ ﻭ ﻗﺎﺭﺋﻬﺎ ﻭ ﻣﻦ ﺍﺻﺎﺥ ﺇﻟﻴﻪ
ﺳﻤﻌﻪ ﻭ ﺍﺻﻐﺎﻩ
Ya Allah ampunkan pengarang
jalinan mawlid indah nyata
Sayyidina Ja'far kepada Barzanj
ternisbah dirinya
Kejayaan berdamping
denganMu hasilkan baginya
Juga kabul segala harapan dan
cita-cita
Jadikanlah dia bersama
muqarrabin berkediaman
dalam syurga
Tutupkan segala keaiban dan
kelemahannya
Segala kekurangan dan
kekeliruannya
Seumpamanya Ya Allah harap
dikurnia juga
Bagi penulis, pembaca serta
pendengarnya
ﻭ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ
ﺍﻟﻪ ﻭ ﺻﺤﺒﻪ ﻭ ﺳﻠﻢ
ﻭ ﺍﻟﺤﻤﺪ ﻟﻠﻪ ﺭﺏ ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ
0 komentar:
Posting Komentar